PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPA-PPT)

RM1,800.00

Butiran

Apa Itu PPT?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah bagi mengiktiraf mana-mana individu yang boleh membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki memenuhi keterampilan seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ini telah dilancarkan pada 13 September 1996. Ianya telah memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapat pengiktirafan terhadap kemahiran dan pengalaman terdahulu yang mereka miliki. Barbering adalah salah satu bidang yang terpilih di dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Apa Tujuan PPT?

Memberi pengiktirafan terhadap keterampilan yang dimiliki oleh seseorang individu yang diperolehi melalui pengalaman kerja dan latihan secara formal atau tidak formal dengan menganugerahkan SKM, DKM atau DLKM.

Siapa Yang Boleh Memohon?

Terbuka kepada individu yang mempunyai kemahiran dan memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja 2 tahun (minimum) dalam bidang barbering dan memenuhi syarat seperti mana yang digariskan di dalam Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT serta syarat-syarat lain yang ditetapkan sebagaimana keperluan NOSS. Individu tersebut juga hendaklah berupaya mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sah.

 

101 in stock

Shopping Basket